^ gunung tahan... 12 julai 2009... 10.50 pagi.. ^
Buat kesekian kalinya puncak yang tertinggi di semenanjung Malaysia telah AKU tawan.. Bermula pada 8 Julai 2009, AKU dan rakan-rakan bertolak ke Taman Negara Sungai Relau iaitu salah satu pintu masuk ke Taman Negara.
Selepas proses pendaftaran, kami seramai 20 orang yang terdiri daripada 7 orang rakan sepejabat, 8 orang kakitangan Pusat kokurikulum Selangor, 2 orang staff Taman Negara Kukup, 1 pelajar UITM Shah Alam dan 2 orang NGO telah bertolak ke Kuala Juram dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kira-kira sejauh 13 km, seterusnya bermalam di Kuala Juram iaitu tempat di mana pendakian kami akan bermula.. Setelah tiba di Kuala Juram, kami mengadakan sessi ice breaking dan suai kenal antara satu sama lain.. Oleh kerana masing-masing telah penat kerana perjalanan yang jauh, malam tu kami semua tido awal..
9 Julai 2009 - Pendakian bermula, dari Kuala Juram - Lata Luis - Kem Luis - Kem Kor.
10 Julai 2009 - Kem Kor - Kem Permatang - Kem Kubang
11 Julai 2009 - Kem Kubang - Kem Berlumut - Kem Bonsai - Kem Botak - Puncak Gunung Tahan (2187m)
12 Julai 2009 - Puncak 2187 - Kem Botak - Kem Bonsai - Kem Berlumut - Kem Kubang - Kem Permatang - Kem Kor
13 Julai 2009 - Kem Kor - Kem Luis - Lata Luis - Kuala Juram - Sg. Relau..
Setibanya di Taman Negara Sg. Relau, kami semua bersiap-siap untuk balik ke destinasi masing-masing.. sebelum tu, kami mengadakan sessi pembahagian sijil kepada semua peserta yang telah berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan (2187m).
Tahniah kepada semua.... Sabar, Rusman, Hazzain, Luie, Keju, Zaidi, Halim, Balau, Maswan, Ikmal, Fakhrul, Zahar, Shafa, Rozi, Zeti, Sal, Ilyas, Noh, Lokman & untuk AKU juga....
No comments:
Post a Comment