^ glory beach resort port dickson... 14 februari 2009... 6.55ptg ^
Terima kasih buat kawan-kawan yang mengambil berat serta banyak bagi kata-kata perangsang, semangat, nasihat, teguran dan ucapan takziah untuk AKU. Arwah terlalu istimewa buat AKU namun, kasih sayang Allah s.w.t kepada arwah melebihi kasih sayang AKU kepada arwah. AKU redha, pasrah serta akur di atas semua ketetapan ini kerana, walau sebagus mana sekalipun kita merancang tetapi kita tetap tidak dapat menandingi perancangan Allah s.w.t yang maha kuasa. Sememangnya Allah s.w.t lebih mengetahui semua apa yang kita tidak tahu dan kerana itulah segala perancangan kami sebelum ini tidak dimasukkan di dalam jadual kehidupan AKU dan juga jadual kehidupan arwah. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment